Ada beberapa kejadian yang membuatkan aku sekeluarga mengambil prebiotik ni.  Pertama sekali , baru baru ni.. kami diserang demam batuk selsema. Si bongsu pula , dijangkiti Influenza. Aku dan yang lain , swab test tapi negatif. Aariz diberikan ubat antiviral manakala Zahra dan Qhaliff diberi ubat antibiotik. Alhamdulillah, mereka sembuh 2-3 hari selepas itu. Mereka yang ambil ubat antibiotik perlu betulkan semula usus mereka ! 
Kejadian kedua , wife tersalah makan. Perut kembung dan angin. Sangat bisa ! Punca , dari makan nasi yang disejukkan di dalam peti ais. Mereka yang ada masalah gastrik dan angin , tak boleh makan nasi yang dah disejukkan. Kesannya, dia terbaring sakit atas katil. Aku berikan air halia untuk kurangkan keradangan dan berkesan. Kemudian aku ke farmasi untuk dapatkan ubat gastrik. Di sana , ahli farmasi kasi dia ubat probiotik dan gastik. Katanya dia perlu amik probiotik untuk betulkan kembali perutnya. Aku cam... hurm.. Tak pe la. Cuba dulu. 
Balik rumah.. aku bancuh probiotik dan berikan pada wife. Dan dia ok terus selepas tu ! Aku cam.. Wah. Biar betul ? Ubat gastrik pun tak sempat nak makan. Rugi je duit beli. Mahal kot ! Hahahaha.. Dan terus dia ajak keluar makan selepas tu. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah.

Kejadian ketiga.. aku salah makan dan cirit birit. Aku ambil juga air halia untuk mengurangkan cirit birit . Berjaya kurang tapi masalahnya ialah tiap kali aku makan, mesti tak lama tu cirit birit. Bermakna makanan tak berjaya diproses dengan baik. Sesuatu pada perut perlu dibaiki ! Aku teringatkan saki baki probiotik yang aku beli ari tu , dan ambil sepaket ! Dan Alhamdulillah , perut jadi ok kembali. 
Selepas kejadian kejadian di atas , aku buat sedikit bacaan dan berusaha memahami kepentingan probiotik dan prebiotik pada usus manusia dan haslinya... 
Prebiotik merupakan sejenis serat yang tidak mampu dicerna oleh tubuh manusia dan digunapakai oleh probiotik sebagai sumber nutrien mereka. Sumber prebiotik boleh didapati dalam pelbagai jenis buah & sayur-sayuran yang berserat tinggi. 
Probiotik merupakan bakteria baik yang hidup dimana majoriti probiotik tinggal didalam sistem pencernaan kita membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Sumber probiotik boleh didapati dalam makanan-makanan yang telah melalui proses penapaian.
Probiotik dan Prebiotik ini sangat penting untuk tubuh badan manusia ya.. Jangan main main tau ! Besar masalah jika kedua dua ni tdak cukup pada badan kita. Disebabkan itu aku fokus pada prebiotik  dan  akhirnya aku mengambil Manna dan Tayebat. Setiap hari , aku berikan anak anak termasuk isteri secawan air bancuhan Manna dan Tayebat. 
Kenapa Manna dan Tayebat ? 
 
Secara ringkasnya , bahan yang digunakan pada dua produk ni berasal dari pokok Akasia. Pernah dengar gam arabik ? Aku biasa baca kelebihan gam arabik ni terutama pada mereka yang ada masalah Gastrik , Gerd dan Anxiety ni. Haaa... Mungkin ramai yang masih belum familiar, tetapi ia adalah merupakan getah pokok berkhasiat tinggi yang diimport. Masyarakat Mesir & Afrika dah lama beramal dengan getah pokok ini. Kajian saintifik yang kukuh pun sudah makin meluas dilakukan menggunakan Gam Arabik. Pokok Akasia yang merupakan mercu tanda popular di savanna ini asalnya dijumpai dikawasan tropikal & subtropikal dunia khususnya Afrika. Ianya kaya dengan serat serta dipenuhi pelbagai manfaat kesihatan & sangat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit.
Mengapa Harus Mengambil Kedua-Dua Manna & Tayebat ?
​​Mensasarkan dua spesis bakteria usus yang berbeza: spesis pertama memfokuskan bahagian atas usus dengan kesan yang cepat, manakala spesis kedua memfokuskan usus secara menyeluruh, mempunyai kesan yang lebih panjang, memberi rasa kenyang & menstabilkan gula didalam darah & mengurangkan berat badan. Tayebat meningkatkan tenaga dan antioksidan seharian, manakala Manna membantu untuk tidur dengan penghasilan hormon melatonin & serotonin.
Kesan selepas beberapa hari guna.
Sistem pencernaan  aku jadi lebih cantik. Begitu juga pada anak anak selepas amalkannya. Kata mereka perut jadi sedap dan selesa. Manakala wife aku yang ada masalah saraf di lengannya memberitahu sengal sengal dah menghilang selepas aku berikan dia Tayebat ! Alhamdulillah.. kalau tidak ,setiap malam mesti minta aku urutkan tangannya yang sengal dan lenguh. 
Sejujurnya , aku dah jatuh cinta pada dua produk ni dan akan belikan pada mak aku yang sering memberitahu ada masalah saraf di tangannya. Begitu juga pada ayah dan ibu mertua aku di kampung. 
Original post: https://www.benashaari.com/2023/10/mencari-prebiotik-aku-syorkan-manna-dan.html?m=1